Bagaimanakah cara pemasangan Streamyx di rumah?

Telekom Malaysia menawarkan dua jenis kategori pemasangan intenet iaitu Unifi dan Streamyx. Tahap kelajuan internet diantara dua kategori ini sungguh ketara perbezaannya. Bayangkan, Telekom Malaysia menawarkan kelajuan Unifi sehingga 30Mbps. Sedangkan, Streamyx pula hanya sehingga 8Mbps sahaja.

Pakej Streamyx mempunyai 4 jenis kategori pakej yang kamu boleh pilih. Iaitu 1Mbps, 2Mbps, 4Mbps dan 8Mbps. Untuk pakej sambungan Hyptv pula hanya disediakan untuk kategori 4Mbps dan 8Mbps sahaja. Jika 4Mbps, kamu perlu menambah sebanyak RM30 untuk Hyptv dan untuk 8Mbps pula tidak perlu.

Pakej mana yang terbaik? Saya cadangkan pakej 8Mbps kerana harga pakej RM 160 termasuk Hyptv berbanding 4Mbps iaitu RM 140. Kemudian, RM30 untuk Hyptv jumlahnya RM 170. Ia sungguh merugikan pada pendapat saya. Melainkan jika kamu tidak memerlukan Hyptv dan coverage untuk 8Mbps tiada di kawasan kediaman kamu.

Untuk penyambungan Streamyx, kamu perlu mengunjungi mana-mana cawangan TM point dan berbincanglah dengan kakitangan mereka pakej apa yang kamu mahukan. Mereka akan memeriksa dalam sistem sama ada kawasan kediaman kamu sesuai untuk penyambungan atau tidak. Jika ada, mereka akan mendaftarkan kamu ke dalam sistem mereka dan kamu hanya perlu menunggu sms yang dihantar oleh mereka.

Jika sms tersebut diterima oleh kamu, maka permohonan kamu telah berjaya. Kemudian balas sms tersebut seperti yang diarahkan. Selepas itu, kamu akan menerima satu sms yang mengandungi nama installer, nombor telefon berserta tarikh dan masa pemasangan. Kamu hanya bersedia untuk menerima kunjungan mereka sahaja bagi tujuan pemasangan.

Untuk pengetahuan kamu, pemasangan Streamyx dikenakan kos pemasangan. Ia dikira berdasarkan wayar sambungan dari kotak agihan pada tiang sehingga ke dalam rumah kamu. Biasanya tiang tersebut berada di belakang atau dihadapan rumah kamu. Kos dikenakan disekitar RM50 hingga RM100 kebiasaanya.


Gambarajah di atas menunjukkan diagram sambungan Streamyx dalam rumah. 

Apabila Installer TM datang, mereka akan bertanya di bahagian mana kamu ingin pasang. Mereka juga akan menerangkan bagaimana kos-kos pemasangan dikira. Segalanya akan menjadi senang bagi pihak kamu kerana pihak TM sangat pantas servisnya.  

2 comments:

  1. kebiasaannya cable dr tiang ke rumah,hanya percuma 15m..selepas itu brapa dia cas semeter..

    ReplyDelete
  2. kebiasaannya cable dr tiang ke rumah,hanya percuma 15m..selepas itu brapa dia cas semeter..

    ReplyDelete

Feel free to give any comment or ask any question...