Bagaimana cara membuka Pattern Lock dan Password di telefon pintar android tanpa Hard Reset?

Terlupa password dan pattern lock telefon pintar adalah saat yang sungguh menyakitkan. Tambahan pula di saat perkara penting yang ingin dilakukan. Jika kejadian ini berlaku kepada kamu, jangan terus bawa ke kedai atau melakukan proses hard reset.

Cuba beberapa langkah mudah ini terlebih dahulu?
  1. Muat turun software android iaitu Aramo File Manager : https://forum.xda-developers.com/attachment.php?attachmentid=2231581&d=1378202418
Aroma File manager membolehkan kamu memasuki dan mengurus fail sistem semasa telefon pintar berada dalam recovery mode. Ia bukan dalam bentuk apk installer tetapi lebih kepada zip fail atau flashable zip. Kelebihannya berbanding software file manager yang lain ialah ia boleh berfungsi dalam keadaan recovery mode.

Rupa interface Aroma File manager

Kemudian ikuti pula langkah-langkah untuk memasang Aramo File Manager pada telefon pintar kamu:
  1. Selepas kamu memuat turun Aramo File Manager, letakkan dalam SD card telefon pintar kamu. Masukkan SD card ke dalam telefon pintar kamu yang berkunci.
  2. Restart telefon pintar kamu. Buka Recovery Mode telefon pintar kamu dengan menekan butang power+volume up secara serentak. Setiap telefon pintar mungkin berbeza cara untuk masuk ke recovery mode tetapi kebanyakkannya hampir sama sahaja. Cuba cara saya terlebih dahulu.
  3. Selepas memasuki Recovery Mode, guna butang volume+ dan volume- untuk navigasi ke atas dan ke bawah. Untuk memilih pilihan, guna butang tengah atau butang power untuk sesetengah telefon pintar.
  4. Dari situ pilih "Install Zip from SD card".
  5. Selepas dipasang, ia akan dibuka dalam keadaan Recovery Mode.
  6. Dari Aroma File Manager, pergi ke setting. Cari dan pilih "Automount all devices on start" dan keluar.
  7. Ulangi langkah ke 4 dan 5 sekali lagi.
  8. Selepas ini, Aroma File Manager akan terbuka sekali lagi.
  9. Sekarang pergi ke Data Folder >> System Folder  and cari >> “gesture.key”or“password.key”.
  10. Delete fail tersebut dan keluar dari Aroma File Manager. Kemudian Restart telefon pintar kamu. Selepas restart Pattern Lock dan Password masih ada. Kamu masukkan apa saja dan telefon pintar kamu boleh dimasuki. Tetapi ingat, jangan dilupakan Pattern Lock atau Password yang kamu masukkan tadi.
Selamat mencuba.

1 comment:

  1. Salam, macam mana nak download aroma file tu? Saya perlu sgt2 sbb pattern lock screen saya terlupa, dah 2 tahun x onn hp. Saya cuba download ikut link kt atas tu tp xde apa² pun

    ReplyDelete

Feel free to give any comment or ask any question...