4 cara penjagaan dan mengecas bateri Smartphone
1. Pastikan kamu mengecas bateri telefon pintar apabila tanda amaran bateri LOW dikeluarkan. Biasanya telefon pintar akan mengeluarkan amaran pada tahap bateri menurun kepada 15%. Jangan tunggu bateri 0% untuk dicaskan. Ia dapat mengelakkan jangka hayat bateri merosot.
2. Selain itu, apabila telefon pintar kamu telah dicas penuh, sila cabut alat pengecas daripada telefon pintar. Jika tidak dicabut, bateri akan mengalami keadaan lebihan kuasa. Misalnya, kamu meletakkan baldi di bawah paip air. Kamu penuhkan baldi tersebut dengan air sehingga melimpah ruah. Sama juga konsepnya dengan bateri.
3. Semasa telefon pintar dicas, kamu perlu letakkan telefon pintar di atas permukaan yang tidak bersifat fabrik atau kain. Keadaan ini akan mengelakkan bateri menjadi panas semasa proses pengecasan berlaku. Bateri yang kepanasan bukan sahaja memberi kesan kepada bateri sahaja bahkan telefon kamu.
4. Sila gunakan alat pengecas telefon pintar kamu yang asal. Ini kerana alat pengecas asal telah direka agar sesuai dengan telefon pintar kamu. Penggunaan alat pengecas yang bukan original akan menyebabkan jangka hayat bateri semakin cepat merosot dan juga lambat penuh.
Akhir sekali, kamu juga perlu tahu apakah tanda-tanda bateri telefon pintar rosak. Pengetahuan terhadap tanda-tanda ini membolehkan kamu menukar bateri telefon pintar tepat pada masanya sebelum ia menjadi lebih teruk.
0 comments:
Post a Comment
Feel free to give any comment or ask any question...