Selain itu, penggunaan alat pengecas telefon pintar yang tidak original. Maksudnya bukan pengecas telefon pintar kamu yang asal. Setiap alat pengecas yang disertakan sekali bersama telefon pintar kebiasaan direka sesuai dengan telefon pintar kamu.
Jadi apakah tanda-tanda bateri telefon pintar kamu telah mengalami kerosakan?
Perkara pertama yang kamu akan perasan ialah setiap kali telefon pintar dicas, walaupun status bateri menunjukkan tahap 100% tetapi apabila tiba pada tahap 50%, telefon pintar kamu akan OFF secara tiba-tiba. Apabila mula dicas, telefon pintar kamu menunjukkan tahap bateri 0%.
Selain itu, bateri telefon pintar kamu akan cepat habis. Cas mengambil masa 2 jam namun selama beberapa minit diguna sudah menunjukkan tanda amaran bahawa telefon kamu perlu dicas kembali. Ini bermakna telefon pintar kamu semakin kerap perlu dicas dalam sehari.
Kamu juga akan perasan bateri telefon pintar kamu cepat sangat penuh. Lain dari kebiasaan sejak mula-mula kamu beli. Biasanya bateri cepat penuh cepat juga akan habis. Tanda-tanda lain ialah bateri telefon pintar kamu menjadi kembung.
Apabila sampai tahap bateri menjadi kembung, kamu perlu tukar dengan segera. Ia terlalu bahaya untuk diguna kerana dibimbangi akan meletup. Disamping itu, telefon pintar kamu akan panas melampau walaupun penggunaan yang ringan.
Tanda-tanda tersebut ialah isyarat biasa bateri telefon pintar kamu perlu ditukar. Akhir sekali, saya juga ada memberitahu tentang bagaimana cara untuk memuat turun video Youtube menggunakan telefon pintar dan bagaimana cara mahu membuka telefon pintar jika kamu terlupa password.
Kalau keluar dekat bateri tanda warna merah kebiasan putih.ada kah sudah masuk air
ReplyDelete