Aplikasi antivirus untuk telefon pintar Android berlambak boleh ditemui di Playstore. Namun, kamu mesti tertanya-tanya antivirus manakah yang paling terbaik. Untuk makluman kamu, antivirus yang ditawarkan di Playstore tidak semua percuma.
4 antivirus percuma terbaik untuk telefon pintar Android
Dipercayai oleh 200 juta pengguna, 360 Security menawarkan semua dalam satu seperti Junk Cleaner, Speed Boost dan aplikasi yang mengoptimumkan pemprosesan latar belakang, ruang memori, fail sampah dan kuasa bateri sambil memastikan peranti kamu selamat daripada virus dan trojan.
TrusGO-Antivirus & Mobile Security
TrustGo adalah aplikasi antivirus yang mempunyai virus enjin imbasan yang paling berkuasa, membolehkan kamu dengan cepat mencari aplikasi berniat jahat pembawa virus atau pencuri data peribadi pada telefon pintar. TrustGo juga boleh melindungi sepenuhnya peranti kamu daripada kelemahan sistem dan risiko privasi. Ia juga direka khas dengan tambahan seperti Backup Data, Pengurus Aplikasi, Penasihat Privasi, Cari Telefon Saya untuk membantu mengesan peranti kamu yang hilang.
CM Security ialah antivirus percuma terbaik yang pernah saya guna. Ia menawarkan fungsi setanding dengan antivirus berbayar yang lain. Antara tawaran fungsi ialah penguncian aplikasi, keselamatan pelayar, blok panggilan telefon, anti kecurian dan imbasan aplikasi dan sistem.
Bitdefender adalah satu antivirus terpantas yang menggunakan teknologi pengimbasan awan untuk melengkapkan peranti Android kamu dengan pengesanan virus yang terkini. Ia juga tidak melambatkan tahap prestasi sistem android dan menggunakan kuasa bateri pada tahap paling minimum. Hanya memasang pada Android kamu dan ia bersedia untuk beroperasi tanpa dikonfigurasi.
Kesemua 4 antivirus tersebut percuma untuk digunakan sepenuhnya tanpa dibayar satu sen pun. Kamu tidak perlu guna yang berbayar sedangkan yang percuma pun ada. Malah setanding dengan aplikasi antivirus berbayar yang lain.
Saya juga ada memberi informasi lain tentang telefon pintar iaitu 4 cara mengecas bateri telefon pintar dan tanda-tanda bateri telefon pintar rosak.
0 comments:
Post a Comment
Feel free to give any comment or ask any question...