Bagaimana cara format Lenovo A850+?

Terdapat dua cara untuk format telefon pintar model Lenovo A850+. Cara pertama ialah factory reset dan cara kedua hard reset. Pastikan bateri telefon pintar kamu berada pada tahap 70%.

Pastikan  juga kamu telah melakukan proses backup data sebelum memulakan proses format terutamanya nombor telefon kenalan kamu. Segala data-data penting dimasukkan ke dalam kad memori jika masih ada ruang. Kemudian pisahkan kad memori daripada telefon pintar Lenovo A850+ kamu.


Factory Reset:

  1. Pastikan lenovo A850+ kamu dalam keadaan ON.
  2. Pergi ke settings > backup & reset > factory data reset dan pilih reset phone.
  3. Kemudian pilih erase everything untuk memulakan proses format secara factory reset.
Hard Reset:
  1. Sila matikan telefon kamu terlebih dahulu.
  2. Tekan butang volume up dan power serentak selama beberapa saat.
  3. Lepaskan butang bila kamu melihat paparan menu muncul pada skrin.
  4. Tekan butang volume down untuk navigasi ke pilihan clear emmc dan tekan butang power untuk pilih.
  5. Tunggu sehingga proses selesai.
Selamat mencuba...

0 comments:

Post a Comment

Feel free to give any comment or ask any question...