Cara download PC Game percuma

Permainan komputer versi original bukan semua yang mampu membelinya. Biasanya, harga permainan komputer dijual RM100 ke atas. Terutamanya permainan popular seperti Civilization 6, Europa Universalis, Starcraft dan banyak lagi.

Walaupun demikian, ada saja blog atau laman web yang menawarkan permainan secara percuma sahaja. Dengan kata lain, cetak rompak. Kelebihan versi original dan cetak rompak ialah ia bebas daripada virus, spyware dan error-error kecil.

Jika kamu tidak ada masalah untuk memasang versi cetak rompak, saya ingin berkongsi tiga buah blog atau laman web yang menawarkan versi cetak rompak. Blog atau laman web ini dipenuhi dengan iklan-iklan yang tiba-tiba sahaja keluar. Jadi, sabar sahaja.

Cara download PC Game percuma







Laman web di atas merupakan tempat popular untuk memuat turun permainan komputer. Ada beribu-ribu jenis genre permainan komputer kamu boleh pilih. 

Cara muat turun video dari Facebook

Tutorial sebelum ini, saya menunjukkan bagaimana cara muat turun video dari Youtube dengan komputer atau laptop. Kali ini saya akan menunjukkan cara bagaimana memuat turun video dari Facebook pula. Memuat turun video dari Facebook tidak perlu menggunakan aplikasi dan ia lebih mudah.

Cara muat turun video dari Facebook

Langkah pertama, sila pergi ke video di Facebook yang kamu mahukan.




   
   Kemudian, highlight atau select all alamat video tersebut dan tekan enter.


Langkah demi langkah di atas senang jika kamu menggunakan komputer atau laptop. Jika telefon pintar, caranya berbeza. Selamat mencuba.

4 antivirus terbaik untuk Android Smartphone

Telefon pintar Android tidak terlepas daripada serangan virus dan malware. Ia adalah salah satu sebab utama telefon pintar menjadi perlahan dan lebih teruk memori kad menjadi korup. Cara terbaik untuk mencegahnya ialah kamu perlu memasang aplikasi antivirus.

Aplikasi antivirus untuk telefon pintar Android berlambak boleh ditemui di Playstore. Namun, kamu mesti tertanya-tanya antivirus manakah yang paling terbaik. Untuk makluman kamu, antivirus yang ditawarkan di Playstore tidak semua percuma.


4 antivirus percuma terbaik untuk telefon pintar Android 


Dipercayai oleh 200 juta pengguna, 360 Security menawarkan semua dalam satu seperti Junk Cleaner, Speed Boost dan aplikasi yang mengoptimumkan pemprosesan latar belakang, ruang memori, fail sampah dan kuasa bateri sambil memastikan peranti kamu selamat daripada virus dan trojan.

TrusGO-Antivirus & Mobile Security

TrustGo adalah aplikasi antivirus yang mempunyai virus enjin imbasan yang paling berkuasa, membolehkan kamu dengan cepat mencari aplikasi berniat jahat pembawa virus atau pencuri data peribadi pada telefon pintar. TrustGo juga boleh melindungi sepenuhnya peranti kamu daripada kelemahan sistem dan risiko privasi. Ia juga direka khas dengan tambahan seperti Backup Data, Pengurus Aplikasi, Penasihat Privasi, Cari Telefon Saya untuk membantu mengesan peranti kamu yang hilang.


CM Security ialah antivirus percuma terbaik yang pernah saya guna. Ia menawarkan fungsi setanding dengan antivirus berbayar yang lain. Antara tawaran fungsi ialah penguncian aplikasi, keselamatan pelayar, blok panggilan telefon, anti kecurian dan imbasan aplikasi dan sistem.


Bitdefender adalah satu antivirus terpantas yang menggunakan teknologi pengimbasan awan untuk melengkapkan peranti Android kamu dengan pengesanan virus yang terkini. Ia juga tidak melambatkan tahap prestasi sistem android dan menggunakan kuasa bateri pada tahap paling minimum. Hanya memasang pada Android kamu dan ia bersedia untuk beroperasi tanpa dikonfigurasi. 

Kesemua 4 antivirus tersebut percuma untuk digunakan sepenuhnya tanpa dibayar satu sen pun. Kamu tidak perlu guna yang berbayar sedangkan yang percuma pun ada. Malah setanding dengan aplikasi antivirus berbayar yang lain.

Saya juga ada memberi informasi lain tentang telefon pintar iaitu 4 cara mengecas bateri telefon pintar dan tanda-tanda bateri telefon pintar rosak.

Cara tukar format fail PDF ke Word

Kebanyakkan software tidak menawarkan secara percuma cara untuk menukar format fail PDF ke format Microsoft Office seperti Word, Excel dan Power Point. Walaupun begitu ada sahaja laman web yang menawarkan pertukaran format fail secara percuma sahaja. Itu pun saiz fail dihadkan selalunya paling maksimum sehingga 10mb sahaja.

Cara tukar format fail PDF ke Word

Laman web tersebut ialah PDF Online.



Jika kamu mahu menggunakan secara Offline atau mahu menukar format fail yang bersaiz lebih besar, kamu boleh membuat pembelian software mereka. Dengan menggunakan software, ia boleh digunakan tanpa perlu online terlebih dahulu. Selamat mencuba.


4 cara mengecas bateri Smartphone

Jangka hayat bateri telefon pintar tidak akan bertahan lama jika kamu tidak menjaganya dengan cermat. Terutama cara kamu mengecas telefon pintar kamu. Cara pengecasan telefon pintar yang tidak betul akan menyebabkan bateri telefon pintar cepat rosak.


4 cara penjagaan dan mengecas bateri Smartphone

1. Pastikan kamu mengecas bateri telefon pintar apabila tanda amaran bateri LOW dikeluarkan. Biasanya telefon pintar akan mengeluarkan amaran pada tahap bateri menurun kepada 15%. Jangan tunggu bateri 0% untuk dicaskan. Ia dapat mengelakkan jangka hayat bateri merosot.

2. Selain itu, apabila telefon pintar kamu telah dicas penuh, sila cabut alat pengecas daripada telefon pintar. Jika tidak dicabut, bateri akan mengalami keadaan lebihan kuasa. Misalnya, kamu meletakkan baldi di bawah paip air. Kamu penuhkan baldi tersebut dengan air sehingga melimpah ruah. Sama juga konsepnya dengan bateri.

3. Semasa telefon pintar dicas, kamu perlu letakkan telefon pintar di atas permukaan yang tidak bersifat fabrik atau kain. Keadaan ini akan mengelakkan bateri menjadi panas semasa proses pengecasan berlaku. Bateri yang kepanasan bukan sahaja memberi kesan kepada bateri sahaja bahkan telefon kamu.

4. Sila gunakan alat pengecas telefon pintar kamu yang asal. Ini kerana alat pengecas asal telah direka agar sesuai dengan telefon pintar kamu. Penggunaan alat pengecas yang bukan original akan menyebabkan jangka hayat bateri semakin cepat merosot dan juga lambat penuh.

Akhir sekali, kamu juga perlu tahu apakah tanda-tanda bateri telefon pintar rosak. Pengetahuan terhadap tanda-tanda ini membolehkan kamu menukar bateri telefon pintar tepat pada masanya sebelum ia menjadi lebih teruk.

5 laman web menawarkan template Blogger percuma

Blogger.com tidak menawarkan template blog yang banyak untuk dibuat pilihan. Kebanyakkannya tidak kena dengan selera kita untuk digunakan pada blog. Namun mujurlah masih ada laman web diluar sana yang menawarkan template blogger secara percuma sahaja.

Seorang blogger yang berkemahiran merekabentuk template blog mungkin tiada masalah bagi mereka. Bagi kita yang tidak tahu, template blogger yang disediakan oleh pihak ketiga sangat membantu. Berikut merupakan lima laman web terbaik yang boleh kamu kunjungi untuk melihat template blogger yang mungkin berkenan dihati.

5 laman web terbaik yang menawarkan template Blogger percuma











Semua laman web yang telah saya senaraikan di atas merupakan laman web terbaik yang menawarkan blogger template secara percuma. Termasuk template Blogger yang mesra SEO.

Apakah cara block kawan Facebook?

Kawan facebook ada pelbagai-bagai jenis perangai. Tambahan pula seseorang yang kamu tak pernah jumpa dan kenali. Mungkin mereka ada berbuat sesuatu terhadap kamu. Jika kamu berasa terancam dan tidak menyukai seseorang dalam senarai kawan Facebook kamu, block mereka atau dengan kata lain blacklist.

Kalau kamu setakat unfriend atau unfollow sahaja, kawan tersebut tetap boleh melihat Facebook kamu. Ikuti langkah-langkah mudah berikut bagaimana cara block kawan Facebook.

Mula-mula masuk ke profile facebook kawan kamu. Kemudian ikut cara dalam gambar berikut:




Mudah sahaja caranya. Jika kamu mahu unblock kembali kawan kamu begini pula caranya.


Akhir sekali, kamu juga mungkin berminat bagaimana cara-cara memadam akaun facebook dan cara membuat Fan Page facebook. Selamat mencuba.

Apakah tanda-tanda keyboard laptop rosak?

Keyboard laptop mudah rosak jika tidak digunakan dengan cermat. Misalnya, kamu menaip seolah-olah kamu menggunakan mesen taip. Keyboard laptop sangat sensitif. Sekali tekanan manja sahaja dah boleh respon dengan baik.

Sebenarnya, keyboard laptop mudah untuk ditukar. Ia dihubungkan dengan beberapa gabungan wayar penghubung sahaja dengan motherboard laptop. Apabila dipisahkan daripada laptop, seolah-olah bagaikan papan nipis sahaja.

Ada sesetengah pengguna, jika keyboard rosak, mereka pisahkan keyboard tersebut dan hubungkan keyboard usb sahaja. Itu merupakan satu alternatif jika kamu tiada budget untuk menukar keyboard laptop yang baru. Biasanya harga keyboard laptop boleh menjangkau sehingga RM 200 sedangkan keyboard usb, RM 15 sudah boleh didapati.

Tanda-tanda utama keyboard laptop rosak 

Semasa kamu mahu ON laptop kamu, laptop akan mengeluarkan bunyi beep berulang kali. Kadang-kadang apabila masuk windows baru ia akan berhenti berbunyi. Ada juga kes laptop berbunyi tetapi screen gelap sahaja.

Selain itu, semasa kamu menaip, sekali tekan butang huruf, berderet akan keluar seolah-olah kamu tekan butang tersebut banyak kali. Contoh, RRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR. Selalunya ini tanda awal sebelum bunyi beep dikeluarkan. Apabila tahap beep berbunyi, keyboard laptop sudah tidak boleh berfungsi.

Untuk memisahkan keyboard daripada laptop tidak susah. Ia hanya perlu dicungkil sahaja pada bahagian sisi keyboard tersebut. Contoh seperti gambar di bawah:


Ada juga laptop yang perlu dibuka skru di bahagian belakang terlebih dahulu. Jika kamu tidak jelas, kamu boleh mencari cara di Youtube. Taip sahaja model laptop kamu. Jika tidak berani bawa saja ke kedai komputer.

Adakah laptop kamu juga mengalami  masalah serangan virus? Jika ya, apa kata kamu cuba membaca apakah tanda-tanda laptop atau komputer diserang virus.

Apakah tanda-tanda bateri telefon pintar rosak?

Ada beberapa punca kenapa bateri telefon pintar rosak. Antara puncanya ialah kamu menggunakan telefon pintar semasa dicas. Biasanya pengunaan yang berat seperti bermain permainan, menonton video dan proses memuat turun dokumen bersaiz besar.

Selain itu, penggunaan alat pengecas telefon pintar yang tidak original. Maksudnya bukan pengecas telefon pintar kamu yang asal. Setiap alat pengecas yang disertakan sekali bersama telefon pintar kebiasaan direka sesuai dengan telefon pintar kamu.


Jadi apakah tanda-tanda bateri telefon pintar kamu telah mengalami kerosakan?

Perkara pertama yang kamu akan perasan ialah setiap kali telefon pintar dicas, walaupun status bateri menunjukkan tahap 100% tetapi apabila tiba pada tahap 50%, telefon pintar kamu akan OFF secara tiba-tiba. Apabila mula dicas, telefon pintar kamu menunjukkan tahap bateri 0%.

Selain itu, bateri telefon pintar kamu akan cepat habis. Cas mengambil masa 2 jam namun selama beberapa minit diguna sudah menunjukkan tanda amaran bahawa telefon kamu perlu dicas kembali. Ini bermakna telefon pintar kamu semakin kerap perlu dicas dalam sehari.

Kamu juga akan perasan bateri telefon pintar kamu cepat sangat penuh. Lain dari kebiasaan sejak mula-mula kamu beli. Biasanya bateri cepat penuh cepat juga akan habis. Tanda-tanda lain ialah bateri telefon pintar kamu menjadi kembung.

Apabila sampai tahap bateri menjadi kembung, kamu perlu tukar dengan segera. Ia terlalu bahaya untuk diguna kerana dibimbangi akan meletup. Disamping itu, telefon pintar kamu akan panas melampau walaupun penggunaan yang ringan.

Tanda-tanda tersebut ialah isyarat biasa bateri telefon pintar kamu perlu ditukar. Akhir sekali, saya juga ada memberitahu tentang bagaimana cara untuk memuat turun video Youtube menggunakan telefon pintar dan bagaimana cara mahu membuka telefon pintar jika kamu terlupa password

Bagaimana cara membuat Fan Page di Facebook?

Jika kamu ingin mempromosi komuniti atau perniagaan kamu di Facebook, cara terbaik ialah menubuhkan Fan Page di Facebook. Ia merupakan cara yang sangat efektif untuk berkomunikasi dengan pelanggan dan ahli-ahli komuniti kamu. Ia termasuklah mencari ahli atau pelanggan baru, berkongsi maklumat dan lain-lain.

Sila ikuti langkah-langkah mudah berikut untuk membuat Fan Page di Facebook: 





Antaramuka Fan Page lebih kurang sama dengan profail Facebook kamu. Jika kamu ingin mengubah setting atau ingin set peraturan tertentu untuk ahli Fan Page, klik bahagian Setting seperti dalam gambar.



Apa yang saya terangkan di atas hanyalah cara asas sahaja. Selebihnya terserah kepada kamu untuk memahirkan diri. Ia tidak susah seperti yang kamu bayangkan. Ramai yang boleh lakukan. 

Selain itu, ada juga saya terangkan langkah-langkah bagaimana cara untuk memadamkan akaun Facebook. Jika kamu berminat silalah baca. Selamat mencuba.

Bagaimana cara untuk root Samsung GT-S5360?

Ikuti cara-cara bagaimana untuk root Samsung GT-S5360 dengan mudah tanpa merosakkan telefon pintar kamu.




  1.  Pastikan telefon pintar kamu dicas sehingga 60% ke atas supaya ia tidak mengganggu proses root.
  2. Backup semua benda dalam telefon pintar kamu yang dimahukan seperti contact, gambar, dan lain-lain yang dirasakan penting. Software backup boleh dicari di Playstore.
  3. Muat turun fail ini: Zip File
  4. Kemudian letakkan Zip fail tersebut dalam SD card.
  5. Selepas itu, matikan telefon pintar kamu.
  6. Tekan butang Home, Volume UP dan Power secara serentak sehingga Samsung Logo keluar. Lepaskan butang selepas Recovery Mode keluar pada skrin telefon pintar kamu.
  7. Untuk memilih pilihan tekan Volume UP untuk ke atas dan Volume Down untuk ke bawah. Butang Power pula untuk klik pilihan tersebut.
  8. Pilih " Apply Update From SD Card".
  9. Sekali lagi cari dan pilih zip fail yang kamu letakkan tadi.
  10. Akan keluar satu skrin dan pilih " reboot system now".
  11. Proses root akan berjalan untuk seketika. Telefon pintar kamu akan memasuki Samsung Launcher apabila selesai.
  12. Akhir sekali, cuba cari aplikasi Superuser dalam telefon pintar kamu. Jika ada bermakna telefon pintar kamu telah berjaya di root. Buka Superuser dan Update Binaries.
Mudah sahaja langkah-langkahnya. Kamu mungkin berminat untuk belajar cara-cara untuk membuka Pattern Lock atau Password telefon pintar jika terlupa. Selamat mencuba.

Bagaimana cara membuka Pattern Lock dan Password di telefon pintar android tanpa Hard Reset?

Terlupa password dan pattern lock telefon pintar adalah saat yang sungguh menyakitkan. Tambahan pula di saat perkara penting yang ingin dilakukan. Jika kejadian ini berlaku kepada kamu, jangan terus bawa ke kedai atau melakukan proses hard reset.

Cuba beberapa langkah mudah ini terlebih dahulu?
  1. Muat turun software android iaitu Aramo File Manager : https://forum.xda-developers.com/attachment.php?attachmentid=2231581&d=1378202418
Aroma File manager membolehkan kamu memasuki dan mengurus fail sistem semasa telefon pintar berada dalam recovery mode. Ia bukan dalam bentuk apk installer tetapi lebih kepada zip fail atau flashable zip. Kelebihannya berbanding software file manager yang lain ialah ia boleh berfungsi dalam keadaan recovery mode.

Rupa interface Aroma File manager

Kemudian ikuti pula langkah-langkah untuk memasang Aramo File Manager pada telefon pintar kamu:
  1. Selepas kamu memuat turun Aramo File Manager, letakkan dalam SD card telefon pintar kamu. Masukkan SD card ke dalam telefon pintar kamu yang berkunci.
  2. Restart telefon pintar kamu. Buka Recovery Mode telefon pintar kamu dengan menekan butang power+volume up secara serentak. Setiap telefon pintar mungkin berbeza cara untuk masuk ke recovery mode tetapi kebanyakkannya hampir sama sahaja. Cuba cara saya terlebih dahulu.
  3. Selepas memasuki Recovery Mode, guna butang volume+ dan volume- untuk navigasi ke atas dan ke bawah. Untuk memilih pilihan, guna butang tengah atau butang power untuk sesetengah telefon pintar.
  4. Dari situ pilih "Install Zip from SD card".
  5. Selepas dipasang, ia akan dibuka dalam keadaan Recovery Mode.
  6. Dari Aroma File Manager, pergi ke setting. Cari dan pilih "Automount all devices on start" dan keluar.
  7. Ulangi langkah ke 4 dan 5 sekali lagi.
  8. Selepas ini, Aroma File Manager akan terbuka sekali lagi.
  9. Sekarang pergi ke Data Folder >> System Folder  and cari >> “gesture.key”or“password.key”.
  10. Delete fail tersebut dan keluar dari Aroma File Manager. Kemudian Restart telefon pintar kamu. Selepas restart Pattern Lock dan Password masih ada. Kamu masukkan apa saja dan telefon pintar kamu boleh dimasuki. Tetapi ingat, jangan dilupakan Pattern Lock atau Password yang kamu masukkan tadi.
Selamat mencuba.

Bagaimana cara muat turun video Youtube menggunakan VLC Player?

VLC ialah merupakan video player yang sangat popular. Adakah kamu tahu bahawa VLC juga mempunyai fungsi-fungsi lain yang tersembunyi. Salah satunya ialah dengan hanya VLC kamu juga boleh memuat turun video dari Youtube tanpa bersusah payah mencari software lain.

Ikuti langkah demi langkah berikut untuk mencuba:







Mudah sahaja bukan? Jika kamu mahu menggunakan software lain selain VLC, kamu boleh cuba ikuti langkah-langkah bagaimana menggunakan Youtube video downloader. Selamat mencuba.

Bagaimana cara mengikat tali leher?

Rata-rata pemuda tidak tahu cara mengikat tali leher dengan betul dan kemas. Untuk pengetahuan kamu, ada beberapa jenis cara ikatan tali leher. Apabila ikatan tali leher dibuat dengan cara yang betul, secara automatik tali leher menjadi kemas dan tidak senget.

Gambar-gambar berikut menunjukkan beberapa jenis cara ikatan tali leher yang boleh kamu ikuti. Pilihlah kaedah mana yang kamu rasa sangat mudah.


Ada 5 cara kesemuanya. Cara berbeza tapi hasil tetap sama. Selamat mencuba.

Bagaimana cara memotong dan menggabungkan babak video?

Pernah satu ketika dulu, saya memuat turun satu episod drama korea dalam bentuk setiap babak dalam jangkamasa 20 minit dipisahkan menjadi 4 babak. Saya berasa kurang selesa untuk menonton drama tersebut dalam keadaan babaknya terpisah. Saya yakin kamu juga mengalami situasi serupa.

Bagaimana saya menyelesaikan masalah tersebut? 

Selama sejam saya melakukan pencarian semata-mata untuk mencari satu software yang sangat mudah digunakan. Pencarian saya berbaloi apabila saya menjumpai Free Video Cutter Joiner. Software ini mempunyai fungsi dan interface yang memudahkan kamu untuk menggunakannya.


Gambar menunjukkan rupa interface software Free Video Cutter Joiner. Ia sangat memudahkan kamu untuk memulakan proses memotong dan menggabungkan babak video. Kemudian saya akan tunjukkan kamu beberapa langkah asas bagaimana menggunakan software ini dengan lebih jelas.

Langkah berikut merupakan langkah bagaimana untuk menggabungkan beberapa babak menjadi satu. 


Itu sahaja langkah-langkah untuk menggabungkan babak video. Ia mudah sahaja. Selamat mencuba.

Apakah tanda-tanda komputer atau laptop diserang virus?

Virus menyerang komputer atau laptop kita dalam pelbagai bentuk. Ia menyerang komputer kita tanpa kita sedari. Sehinggalah kamu perasan bahawa tahap komputer kamu beroperasi tidak seperti selalunya.

Jadi apakah tanda-tanda komputer atau laptop kamu ada virus?

Situasi pertama biasa yang akan kamu alami ialah kamu berasa komputer kamu menjadi terlalu perlahan. Kamu mahu membuka folder pun mengambil masa sehingga separuh minit. Dengan kata lainnya, komputer kamu lambat memberi respon.

Perkara sebegini terjadi kerana virus tersebut melakukan operasi tersembunyi sehinggakan komputer kamu beroperasi pada tahap 100%. Padahal tiada aplikasi apa pun dibuka. Selalunya ia adalah sejenis Spyware iaitu satu program yang tidak berguna telah dipasang secara automatik tanpa kamu sedari.

Spyware juga termasuk dalam kategori virus kerana ia adalah pembawa utama virus ke komputer kamu. Ia datang melalui pelayaran laman web yang tidak selamat seperti laman-laman web porno, warez dan laman web yang mengandungi terlalu banyak iklan pop up. Selain itu, pemasangan software-software secara membabi buta terutama software yang tidak legit.

Tanda-tanda lain ialah semasa kamu menggunakan komputer atau laptop kamu, tiba-tiba windows error akan keluar. Error sebegini memberitahu kamu file-file windows yang rosak dan tidak berfungsi. Kalau dibiarkan lebih lama ia akan terus berjangkit sehingga kamu mengambil keputusan untuk format kembali komputer kamu.

Jangan jadikan langkah format komputer kamu sebagai langkah pertama tetapi jadikan ia sebagai langkah terakhir, Perkara pertama yang kamu perlu buat ialah cuba pergi ke control panel>program and feature. Cuba cari program yang kamu fikir ia tidak diguna walau sekalipun dan sebelum ini program tersebut tidak wujud pun. Uninstall sebanyak mana kamu jumpa.

Kemudian, kamu restart komputer kamu. Sebagai untuk memberi kesegaran kepada komputer atau laptop kamu. Selepas itu, kamu muat turun software Ccleaner di filehippo.com. Berikut merupakan rupa interface Ccleaner.


Ccleaner boleh menganalisa komputer kamu untuk membuang segala sampah-sampah yang terkumpul terlalu lama. Dengan kata lain ia boleh membersihkan segala junk file yang ada. Di samping itu, ia juga boleh membaiki fail registry windows yang rosak dan tidak digunakan lagi oleh sistem komputer kamu.

Akhir sekali, kamu perlu pasang pula software antivirus, Saya cadangkan kamu guna antivirus berbayar seperti Avast, Avg dan Avira. Kamu boleh kunjungi mana-mana kedai komputer berhampiran kamu. Harganya hanya bayar sekali sahaja setahun.

Kelebihan antivirus berbayar ialah ia akan memberi sokongan sepenuhnya kepada sistem komputer kamu. Contoh melindungi kamu semasa melayari internet, memasang firewall tambahan, melakukan pemeriksaan harian dan akan memberitahu kamu jika sesuatu entiti yang dicurigai memasuki komputer kamu.

Itu sahaja langkah-langkah asas untuk menghalau virus atau spyware keluar dari sistem komputer. Selamat mencuba.

Bagaimana cara memasukkan subtitle ke dalam filem atau video?

Bayangkan kamu ingin menonton filem atau video bukan dalam bahasa yang kamu fahami, adakah ia sungguh membosankan? Sudah tentu ia membosankan kerana kamu tidak faham akan jalan cerita filem tersebut. Subtitle atau sarikata sangat membantu dalam hal ini.

Jadi dimana kamu boleh mendapatkan subtitle tersebut? Saya cadangkan kamu mengunjungi Subscene. Subscene ibarat perpustakaan sarikata atau subtitle. Pelbagai jenis bahasa ada. Contohnya Indonesia, Malaysia, Inggeris, India, Arab, German dan banyak lagi. Sila klik link berikut untuk memuat turun subtitle yang kamu mahukan: https://subscene.com

Rupa laman web Subscene


Gambar berikut menunjukkan pelbagai jenis format sarikata yang keluar. Ada bluray, 720p, 1080p, Xvid dan lain-lain. Kamu perlu memuat turun sarikata yang sesuai dengan format filem atau video kamu. Contoh jika video kamu jenis 1080p, muat turun sahaja sarikata 1080p. Ia penting supaya sarikata tersebut bergerak seiring dengan suara watak dalam filem.

Kemudian, kamu perlu pastikan bahawa adakah software video player kamu menyokong kemasukan subtitle atau tidak. Saya cadangkan kamu menggunakan KMP Player dan VLC Player, Kamu boleh memuat turun software tersebut di filehippo.com.  Bagi pengguna telefon pintar kamu boleh cari sahaja di Google Playstore.

Seterusnya cara-cara memasukkan subtitle ke dalam filem atau video kamu.



Mudah sahaja caranya. Fail subtitle yang telah dimuat turun, kamu perlu pastikan diletakkan berhampiran dengan fail filem atau video kamu supaya mudah untuk dicari semasa proses load subtitle. Artikel saya terdahulu tentang bagaimana cara untuk menonton filem secara percuma di internet mungkin boleh membuatkan kamu teruja.

Selamat mencuba.

Bagaimanakah cara pemasangan Streamyx di rumah?

Telekom Malaysia menawarkan dua jenis kategori pemasangan intenet iaitu Unifi dan Streamyx. Tahap kelajuan internet diantara dua kategori ini sungguh ketara perbezaannya. Bayangkan, Telekom Malaysia menawarkan kelajuan Unifi sehingga 30Mbps. Sedangkan, Streamyx pula hanya sehingga 8Mbps sahaja.

Pakej Streamyx mempunyai 4 jenis kategori pakej yang kamu boleh pilih. Iaitu 1Mbps, 2Mbps, 4Mbps dan 8Mbps. Untuk pakej sambungan Hyptv pula hanya disediakan untuk kategori 4Mbps dan 8Mbps sahaja. Jika 4Mbps, kamu perlu menambah sebanyak RM30 untuk Hyptv dan untuk 8Mbps pula tidak perlu.

Pakej mana yang terbaik? Saya cadangkan pakej 8Mbps kerana harga pakej RM 160 termasuk Hyptv berbanding 4Mbps iaitu RM 140. Kemudian, RM30 untuk Hyptv jumlahnya RM 170. Ia sungguh merugikan pada pendapat saya. Melainkan jika kamu tidak memerlukan Hyptv dan coverage untuk 8Mbps tiada di kawasan kediaman kamu.

Untuk penyambungan Streamyx, kamu perlu mengunjungi mana-mana cawangan TM point dan berbincanglah dengan kakitangan mereka pakej apa yang kamu mahukan. Mereka akan memeriksa dalam sistem sama ada kawasan kediaman kamu sesuai untuk penyambungan atau tidak. Jika ada, mereka akan mendaftarkan kamu ke dalam sistem mereka dan kamu hanya perlu menunggu sms yang dihantar oleh mereka.

Jika sms tersebut diterima oleh kamu, maka permohonan kamu telah berjaya. Kemudian balas sms tersebut seperti yang diarahkan. Selepas itu, kamu akan menerima satu sms yang mengandungi nama installer, nombor telefon berserta tarikh dan masa pemasangan. Kamu hanya bersedia untuk menerima kunjungan mereka sahaja bagi tujuan pemasangan.

Untuk pengetahuan kamu, pemasangan Streamyx dikenakan kos pemasangan. Ia dikira berdasarkan wayar sambungan dari kotak agihan pada tiang sehingga ke dalam rumah kamu. Biasanya tiang tersebut berada di belakang atau dihadapan rumah kamu. Kos dikenakan disekitar RM50 hingga RM100 kebiasaanya.


Gambarajah di atas menunjukkan diagram sambungan Streamyx dalam rumah. 

Apabila Installer TM datang, mereka akan bertanya di bahagian mana kamu ingin pasang. Mereka juga akan menerangkan bagaimana kos-kos pemasangan dikira. Segalanya akan menjadi senang bagi pihak kamu kerana pihak TM sangat pantas servisnya.  

Bagaimana cara muat turun video Youtube dengan PC atau Laptop?

Selain muat turun video melalui telefon pintar, kamu juga boleh muat turun video dari Youtube melalui PC atau laptop. Cuma software yang digunakan sahaja yang berlainan. Software perlu dipasang dan digunakan ialah Free Youtube Downloader. Kamu boleh muat turun di sini: Youtube Downloader.

Gambar di atas menunjukkan Interface Free Youtube Downloader.

Berikut merupakan langkah demi langkah cara untuk menggunakannya:


Pilih mana-mana video dan copy link video tersebut seperti ditunjukkan dalam gambar. Kemudian:



Mudah sahaja. Sila enjoy dan selamat mencuba.