Cara download PC Game percuma

Permainan komputer versi original bukan semua yang mampu membelinya. Biasanya, harga permainan komputer dijual RM100 ke atas. Terutamanya permainan popular seperti Civilization 6, Europa Universalis, Starcraft dan banyak lagi.

Walaupun demikian, ada saja blog atau laman web yang menawarkan permainan secara percuma sahaja. Dengan kata lain, cetak rompak. Kelebihan versi original dan cetak rompak ialah ia bebas daripada virus, spyware dan error-error kecil.

Jika kamu tidak ada masalah untuk memasang versi cetak rompak, saya ingin berkongsi tiga buah blog atau laman web yang menawarkan versi cetak rompak. Blog atau laman web ini dipenuhi dengan iklan-iklan yang tiba-tiba sahaja keluar. Jadi, sabar sahaja.

Cara download PC Game percuma







Laman web di atas merupakan tempat popular untuk memuat turun permainan komputer. Ada beribu-ribu jenis genre permainan komputer kamu boleh pilih. 

Cara muat turun video dari Facebook

Tutorial sebelum ini, saya menunjukkan bagaimana cara muat turun video dari Youtube dengan komputer atau laptop. Kali ini saya akan menunjukkan cara bagaimana memuat turun video dari Facebook pula. Memuat turun video dari Facebook tidak perlu menggunakan aplikasi dan ia lebih mudah.

Cara muat turun video dari Facebook

Langkah pertama, sila pergi ke video di Facebook yang kamu mahukan.




   
   Kemudian, highlight atau select all alamat video tersebut dan tekan enter.


Langkah demi langkah di atas senang jika kamu menggunakan komputer atau laptop. Jika telefon pintar, caranya berbeza. Selamat mencuba.

4 antivirus terbaik untuk Android Smartphone

Telefon pintar Android tidak terlepas daripada serangan virus dan malware. Ia adalah salah satu sebab utama telefon pintar menjadi perlahan dan lebih teruk memori kad menjadi korup. Cara terbaik untuk mencegahnya ialah kamu perlu memasang aplikasi antivirus.

Aplikasi antivirus untuk telefon pintar Android berlambak boleh ditemui di Playstore. Namun, kamu mesti tertanya-tanya antivirus manakah yang paling terbaik. Untuk makluman kamu, antivirus yang ditawarkan di Playstore tidak semua percuma.


4 antivirus percuma terbaik untuk telefon pintar Android 


Dipercayai oleh 200 juta pengguna, 360 Security menawarkan semua dalam satu seperti Junk Cleaner, Speed Boost dan aplikasi yang mengoptimumkan pemprosesan latar belakang, ruang memori, fail sampah dan kuasa bateri sambil memastikan peranti kamu selamat daripada virus dan trojan.

TrusGO-Antivirus & Mobile Security

TrustGo adalah aplikasi antivirus yang mempunyai virus enjin imbasan yang paling berkuasa, membolehkan kamu dengan cepat mencari aplikasi berniat jahat pembawa virus atau pencuri data peribadi pada telefon pintar. TrustGo juga boleh melindungi sepenuhnya peranti kamu daripada kelemahan sistem dan risiko privasi. Ia juga direka khas dengan tambahan seperti Backup Data, Pengurus Aplikasi, Penasihat Privasi, Cari Telefon Saya untuk membantu mengesan peranti kamu yang hilang.


CM Security ialah antivirus percuma terbaik yang pernah saya guna. Ia menawarkan fungsi setanding dengan antivirus berbayar yang lain. Antara tawaran fungsi ialah penguncian aplikasi, keselamatan pelayar, blok panggilan telefon, anti kecurian dan imbasan aplikasi dan sistem.


Bitdefender adalah satu antivirus terpantas yang menggunakan teknologi pengimbasan awan untuk melengkapkan peranti Android kamu dengan pengesanan virus yang terkini. Ia juga tidak melambatkan tahap prestasi sistem android dan menggunakan kuasa bateri pada tahap paling minimum. Hanya memasang pada Android kamu dan ia bersedia untuk beroperasi tanpa dikonfigurasi. 

Kesemua 4 antivirus tersebut percuma untuk digunakan sepenuhnya tanpa dibayar satu sen pun. Kamu tidak perlu guna yang berbayar sedangkan yang percuma pun ada. Malah setanding dengan aplikasi antivirus berbayar yang lain.

Saya juga ada memberi informasi lain tentang telefon pintar iaitu 4 cara mengecas bateri telefon pintar dan tanda-tanda bateri telefon pintar rosak.

Cara tukar format fail PDF ke Word

Kebanyakkan software tidak menawarkan secara percuma cara untuk menukar format fail PDF ke format Microsoft Office seperti Word, Excel dan Power Point. Walaupun begitu ada sahaja laman web yang menawarkan pertukaran format fail secara percuma sahaja. Itu pun saiz fail dihadkan selalunya paling maksimum sehingga 10mb sahaja.

Cara tukar format fail PDF ke Word

Laman web tersebut ialah PDF Online.



Jika kamu mahu menggunakan secara Offline atau mahu menukar format fail yang bersaiz lebih besar, kamu boleh membuat pembelian software mereka. Dengan menggunakan software, ia boleh digunakan tanpa perlu online terlebih dahulu. Selamat mencuba.


4 cara mengecas bateri Smartphone

Jangka hayat bateri telefon pintar tidak akan bertahan lama jika kamu tidak menjaganya dengan cermat. Terutama cara kamu mengecas telefon pintar kamu. Cara pengecasan telefon pintar yang tidak betul akan menyebabkan bateri telefon pintar cepat rosak.


4 cara penjagaan dan mengecas bateri Smartphone

1. Pastikan kamu mengecas bateri telefon pintar apabila tanda amaran bateri LOW dikeluarkan. Biasanya telefon pintar akan mengeluarkan amaran pada tahap bateri menurun kepada 15%. Jangan tunggu bateri 0% untuk dicaskan. Ia dapat mengelakkan jangka hayat bateri merosot.

2. Selain itu, apabila telefon pintar kamu telah dicas penuh, sila cabut alat pengecas daripada telefon pintar. Jika tidak dicabut, bateri akan mengalami keadaan lebihan kuasa. Misalnya, kamu meletakkan baldi di bawah paip air. Kamu penuhkan baldi tersebut dengan air sehingga melimpah ruah. Sama juga konsepnya dengan bateri.

3. Semasa telefon pintar dicas, kamu perlu letakkan telefon pintar di atas permukaan yang tidak bersifat fabrik atau kain. Keadaan ini akan mengelakkan bateri menjadi panas semasa proses pengecasan berlaku. Bateri yang kepanasan bukan sahaja memberi kesan kepada bateri sahaja bahkan telefon kamu.

4. Sila gunakan alat pengecas telefon pintar kamu yang asal. Ini kerana alat pengecas asal telah direka agar sesuai dengan telefon pintar kamu. Penggunaan alat pengecas yang bukan original akan menyebabkan jangka hayat bateri semakin cepat merosot dan juga lambat penuh.

Akhir sekali, kamu juga perlu tahu apakah tanda-tanda bateri telefon pintar rosak. Pengetahuan terhadap tanda-tanda ini membolehkan kamu menukar bateri telefon pintar tepat pada masanya sebelum ia menjadi lebih teruk.

5 laman web menawarkan template Blogger percuma

Blogger.com tidak menawarkan template blog yang banyak untuk dibuat pilihan. Kebanyakkannya tidak kena dengan selera kita untuk digunakan pada blog. Namun mujurlah masih ada laman web diluar sana yang menawarkan template blogger secara percuma sahaja.

Seorang blogger yang berkemahiran merekabentuk template blog mungkin tiada masalah bagi mereka. Bagi kita yang tidak tahu, template blogger yang disediakan oleh pihak ketiga sangat membantu. Berikut merupakan lima laman web terbaik yang boleh kamu kunjungi untuk melihat template blogger yang mungkin berkenan dihati.

5 laman web terbaik yang menawarkan template Blogger percuma











Semua laman web yang telah saya senaraikan di atas merupakan laman web terbaik yang menawarkan blogger template secara percuma. Termasuk template Blogger yang mesra SEO.

Apakah cara block kawan Facebook?

Kawan facebook ada pelbagai-bagai jenis perangai. Tambahan pula seseorang yang kamu tak pernah jumpa dan kenali. Mungkin mereka ada berbuat sesuatu terhadap kamu. Jika kamu berasa terancam dan tidak menyukai seseorang dalam senarai kawan Facebook kamu, block mereka atau dengan kata lain blacklist.

Kalau kamu setakat unfriend atau unfollow sahaja, kawan tersebut tetap boleh melihat Facebook kamu. Ikuti langkah-langkah mudah berikut bagaimana cara block kawan Facebook.

Mula-mula masuk ke profile facebook kawan kamu. Kemudian ikut cara dalam gambar berikut:




Mudah sahaja caranya. Jika kamu mahu unblock kembali kawan kamu begini pula caranya.


Akhir sekali, kamu juga mungkin berminat bagaimana cara-cara memadam akaun facebook dan cara membuat Fan Page facebook. Selamat mencuba.

Apakah tanda-tanda keyboard laptop rosak?

Keyboard laptop mudah rosak jika tidak digunakan dengan cermat. Misalnya, kamu menaip seolah-olah kamu menggunakan mesen taip. Keyboard laptop sangat sensitif. Sekali tekanan manja sahaja dah boleh respon dengan baik.

Sebenarnya, keyboard laptop mudah untuk ditukar. Ia dihubungkan dengan beberapa gabungan wayar penghubung sahaja dengan motherboard laptop. Apabila dipisahkan daripada laptop, seolah-olah bagaikan papan nipis sahaja.

Ada sesetengah pengguna, jika keyboard rosak, mereka pisahkan keyboard tersebut dan hubungkan keyboard usb sahaja. Itu merupakan satu alternatif jika kamu tiada budget untuk menukar keyboard laptop yang baru. Biasanya harga keyboard laptop boleh menjangkau sehingga RM 200 sedangkan keyboard usb, RM 15 sudah boleh didapati.

Tanda-tanda utama keyboard laptop rosak 

Semasa kamu mahu ON laptop kamu, laptop akan mengeluarkan bunyi beep berulang kali. Kadang-kadang apabila masuk windows baru ia akan berhenti berbunyi. Ada juga kes laptop berbunyi tetapi screen gelap sahaja.

Selain itu, semasa kamu menaip, sekali tekan butang huruf, berderet akan keluar seolah-olah kamu tekan butang tersebut banyak kali. Contoh, RRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR. Selalunya ini tanda awal sebelum bunyi beep dikeluarkan. Apabila tahap beep berbunyi, keyboard laptop sudah tidak boleh berfungsi.

Untuk memisahkan keyboard daripada laptop tidak susah. Ia hanya perlu dicungkil sahaja pada bahagian sisi keyboard tersebut. Contoh seperti gambar di bawah:


Ada juga laptop yang perlu dibuka skru di bahagian belakang terlebih dahulu. Jika kamu tidak jelas, kamu boleh mencari cara di Youtube. Taip sahaja model laptop kamu. Jika tidak berani bawa saja ke kedai komputer.

Adakah laptop kamu juga mengalami  masalah serangan virus? Jika ya, apa kata kamu cuba membaca apakah tanda-tanda laptop atau komputer diserang virus.

Apakah tanda-tanda bateri telefon pintar rosak?

Ada beberapa punca kenapa bateri telefon pintar rosak. Antara puncanya ialah kamu menggunakan telefon pintar semasa dicas. Biasanya pengunaan yang berat seperti bermain permainan, menonton video dan proses memuat turun dokumen bersaiz besar.

Selain itu, penggunaan alat pengecas telefon pintar yang tidak original. Maksudnya bukan pengecas telefon pintar kamu yang asal. Setiap alat pengecas yang disertakan sekali bersama telefon pintar kebiasaan direka sesuai dengan telefon pintar kamu.


Jadi apakah tanda-tanda bateri telefon pintar kamu telah mengalami kerosakan?

Perkara pertama yang kamu akan perasan ialah setiap kali telefon pintar dicas, walaupun status bateri menunjukkan tahap 100% tetapi apabila tiba pada tahap 50%, telefon pintar kamu akan OFF secara tiba-tiba. Apabila mula dicas, telefon pintar kamu menunjukkan tahap bateri 0%.

Selain itu, bateri telefon pintar kamu akan cepat habis. Cas mengambil masa 2 jam namun selama beberapa minit diguna sudah menunjukkan tanda amaran bahawa telefon kamu perlu dicas kembali. Ini bermakna telefon pintar kamu semakin kerap perlu dicas dalam sehari.

Kamu juga akan perasan bateri telefon pintar kamu cepat sangat penuh. Lain dari kebiasaan sejak mula-mula kamu beli. Biasanya bateri cepat penuh cepat juga akan habis. Tanda-tanda lain ialah bateri telefon pintar kamu menjadi kembung.

Apabila sampai tahap bateri menjadi kembung, kamu perlu tukar dengan segera. Ia terlalu bahaya untuk diguna kerana dibimbangi akan meletup. Disamping itu, telefon pintar kamu akan panas melampau walaupun penggunaan yang ringan.

Tanda-tanda tersebut ialah isyarat biasa bateri telefon pintar kamu perlu ditukar. Akhir sekali, saya juga ada memberitahu tentang bagaimana cara untuk memuat turun video Youtube menggunakan telefon pintar dan bagaimana cara mahu membuka telefon pintar jika kamu terlupa password

Bagaimana cara membuat Fan Page di Facebook?

Jika kamu ingin mempromosi komuniti atau perniagaan kamu di Facebook, cara terbaik ialah menubuhkan Fan Page di Facebook. Ia merupakan cara yang sangat efektif untuk berkomunikasi dengan pelanggan dan ahli-ahli komuniti kamu. Ia termasuklah mencari ahli atau pelanggan baru, berkongsi maklumat dan lain-lain.

Sila ikuti langkah-langkah mudah berikut untuk membuat Fan Page di Facebook: 





Antaramuka Fan Page lebih kurang sama dengan profail Facebook kamu. Jika kamu ingin mengubah setting atau ingin set peraturan tertentu untuk ahli Fan Page, klik bahagian Setting seperti dalam gambar.



Apa yang saya terangkan di atas hanyalah cara asas sahaja. Selebihnya terserah kepada kamu untuk memahirkan diri. Ia tidak susah seperti yang kamu bayangkan. Ramai yang boleh lakukan. 

Selain itu, ada juga saya terangkan langkah-langkah bagaimana cara untuk memadamkan akaun Facebook. Jika kamu berminat silalah baca. Selamat mencuba.

Bagaimana cara untuk root Samsung GT-S5360?

Ikuti cara-cara bagaimana untuk root Samsung GT-S5360 dengan mudah tanpa merosakkan telefon pintar kamu.




  1.  Pastikan telefon pintar kamu dicas sehingga 60% ke atas supaya ia tidak mengganggu proses root.
  2. Backup semua benda dalam telefon pintar kamu yang dimahukan seperti contact, gambar, dan lain-lain yang dirasakan penting. Software backup boleh dicari di Playstore.
  3. Muat turun fail ini: Zip File
  4. Kemudian letakkan Zip fail tersebut dalam SD card.
  5. Selepas itu, matikan telefon pintar kamu.
  6. Tekan butang Home, Volume UP dan Power secara serentak sehingga Samsung Logo keluar. Lepaskan butang selepas Recovery Mode keluar pada skrin telefon pintar kamu.
  7. Untuk memilih pilihan tekan Volume UP untuk ke atas dan Volume Down untuk ke bawah. Butang Power pula untuk klik pilihan tersebut.
  8. Pilih " Apply Update From SD Card".
  9. Sekali lagi cari dan pilih zip fail yang kamu letakkan tadi.
  10. Akan keluar satu skrin dan pilih " reboot system now".
  11. Proses root akan berjalan untuk seketika. Telefon pintar kamu akan memasuki Samsung Launcher apabila selesai.
  12. Akhir sekali, cuba cari aplikasi Superuser dalam telefon pintar kamu. Jika ada bermakna telefon pintar kamu telah berjaya di root. Buka Superuser dan Update Binaries.
Mudah sahaja langkah-langkahnya. Kamu mungkin berminat untuk belajar cara-cara untuk membuka Pattern Lock atau Password telefon pintar jika terlupa. Selamat mencuba.